(Berdasarkan pengalaman rohani sebenar)
Mengembara mengharungi hutan
mengembara merenangi lautan
mengembara mendaki pergunungan
mengembara melalui lorongan
mengembara melintasi kedurian
mengembara menjejaki warisan
mengembara menerima rintangan
mengembara menempuh dugaan
mengembara menghadapi cabaran
mengembara merasai keinsafan
mengembara membeli kehambaan
mengembara mengalir kerohanian
mengembara melazati kekhusyukan
mengembara menikmati kecintaan.
M.A.Uswah
Sandakan,
18 Ogos 2004.
4 komentar:
puisi yang menyentuh.terima kaseh.
aku yang baru bertatih mengembara dilorong yang berliku lagi beku.
smoga pengembaraan ini tetap terus menuju-NYA
Terima kasih sdr qarieqnupi. Semoga kita sentiasa dilindungiNya. Amin.
pengembaraan yang mencari redha& kecintaan kepada penciptanya..adalah pengembaraan yang tiada penghujungnya...
afwan..unt mauswah..ana minta kebenaran copy paste puisi enta ini...
Posting Komentar